Sunday, March 30

Ahad, 30 March 2003

11.06mlm

[takut kehilangan..]

erkss..last entry aku 2 minggu yang lalu..ermm, lamer tu. Bukan apa, aku bz sangat skrang nie..bz aper lagik, bz kat ofis tulah. Bila balik rumah plak, otak aku dah malas nak berfikir..dia nak berehat jek. Aku nak kater aper kan..;) Tp aku ingat nak update blogger aku nie, tp tulah..setakat nawaitu jek, perbuatannye tak kunjung tiba..hee..

So naper mlm nie tetiba raser nak update ek? Sebenarnye banyak yg dah berlaku since aku tak update nie..ermm, memacam..pasal si DIA especially. Masalah yg dtg berat plak rasernye, dan ini mungkin akan membabitkan aku juga..pasal ex DIA...ermm, aku dah agak masalah nie akan timbul juga satu hari nanti sbb memang selama aku ngan DIA pun kami masih di bayangi kisah ex DIA tu. Tp aku tak expect masalah nie akan timbul dgn begini rupa..dan mungkin aku akan kehilangan DIA? iskk..aku tak sanggup, tak tau camner nak teruskan kehidupan aku kalau DIA takde..aku takut sangat. Dan DIA sedar tentang ketakutan aku tu..pernah juga DIA bertanya, kalau aper2 jadi yang akan memisahkan aku dari DIA, bagaimana dgn aku? Aku hanya mengeluh dan menjawab, "What more can I say? Kita berdoa jelah masalah nie takkan jadi seburuk yang kita sangka.

Bila DIA call aku pukul 3.30 pagi tu, aku sedar betapa aku benar2 sayang kan DIA dan DIA juga. Ya Allah, jgnlah pisahkan kami. Ampunilah dosa2 nya dan aku juga. Jgnlah perpisahan menjadi harga yang terpaksa di bayar atas kesilapan lalu. Waktu tu juga aku sedar betapa kegembiraan DIA adalah kegembiraan aku. You' re my everything!

Keesokkannya, aku ada beritau DIA juga..kalau ada masalah, jgn sisihkan aku. Aku harus tau. DIA sedar perbuatannya sedikit sebanyak menyinggung perasaan aku tp di sebabkan DIA serabut ketika itu, DIA tak sedar semua itu. Aku kata sekurang2nye bgtau yg DIA sedang serabut, beri DIA waktu. Ini tidak, sikapnya yang mendiamkan diri membuat aku bingung dan risau. Dan alhamdulillah selepas itu, berubah sikit sikapnya terhadapku.


Lebiu!! :)


Skrang nie aku tengah counting the days till bulan 4 nie. Aku akan bercuti dgn DIA! besh..hee..rindu sangat since last we met was Feb lepas..

So till we meet again, dear! :)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home